Khamis, Oktober 20, 2016

B.O.T.A.M

(Kelab Bola Tampar 2016)


(Kelab Bola Tampar 2015)



Hero dan heroin muallimah.
Ma ahla zikriyat.. :’)





Jumaat, Ogos 19, 2016

Surat Cinta Buat Muallimah



Bismillahirrahmanirrahim…

“Alhamdulillah, aku direzekikan cintanya.” Bicara Rasulullah saw setelah diijab kabul dengan Saidatina Khadijah. Bicara itu meyedarkan sesuatu dalam diri ini. Bahawa cinta dan kasih sayang itu juga sebuah rezeki. Ya, rezeki kasih sayang daripada anak-anak syurga. Anak-anak yang baik soleh dan solehah itu juga rezeki. Penyejuk hati. :)

Ingat lagi, awal tahun 2016. Ana doa sungguh-sungguh. Minta anak-anak syurga yang Allah amanahkan tahun ini yang baik2 akhlaknya. Tak banyak karenah. Tak rungsingkan muallimah. Huhu.. Alhamdulillah, satu persatu Allah perkenankan. Hadiah daripada Allah anak-anak syurga 1 Sa’diyah. Dari situ ana mengambil ibrah. Berdoalah dengan sungguh-sungguh. Allah baik, x pernah x bagi jika untuk sebuah kebaikan. Minta pasangan yang soleh, baik agama & akhlak serta bertanggungjawab. Keturunan yang baik soleh & solehah, pemegang risalah agama. :)

Anak-anak syurga ini pandai2 masyaAllah. Kalau bergaduh dengan kawan2 pun boleh sebut syurga neraka. Normal kanak-kanak, main2 kemudian gaduh lepastu main balik. ^^’Alhamdulillah, hari2 dengar feedback positif daripada guru-guru subjek. Puji antum anak2 syurga yang mudah di ajar. Cepat tangkap walaupun ajar hanya sekali. Tak susahkan muallimah2 yang sedang mengajar di hadapan. Alhamdulillah 2x, hati muallimah bahagia mendengarnya.. :)

Waktu muallimah kemas kelas, angkat meja seorang diri. Tiba-tiba ada makhluk2 kecil comel datang tolong kemas sekali tanpa disuruh. Kalau lah antum tahu, time tu meleleh dah hati muallimah sayang antum sangat2. Dengan muka bersungguh2 tu. Tolak meja yang besar daripada antum. Angkat kerusi. Sapu kelas berpeluh2. Hehe.. Lepastu tanya, muallimah ada apa2 yang boleh kami tolong lagi? Aduh, jatuh hati... :)

2 3 kali.. Nama2 antum dipuji dalam perhimpunan. MasyaAllah, tunjuk akhlak yang baik. Dapat hadiah dekat perhimpunan sebab sekawan dijumpai merayau-rayau di dalam sekolah. Mengutip sampah tanpa arahan daripada mana2 guru selepas waktu sekolah tamat. Sebaris 1 saff bacaan solat bersungguh-sungguh waktu solat Jemaah di surau. Bila ditanya kelas, dari 1 Sa’diyah. Allah.. Bukan meninggi diri, jauh sekali.. Cuma ingin berkongsi, bahagia dan cinta itu ada pada kebaikan-kebaikan. Moga tunas2 kecil ini, Allah pelihara mereka sehingga dewasa.. Moga2 mereka pemegang2 panji risalah agama yang seterusnya. :)

Pagi2 niat datang ke sekolah. Kalau tengah rungsing dengan sesuatu problem. Terus hilang bila nampak anak-anak syurga. Assalamualaikum muallimah. Dengar tu pun hati dah lega dah. Huhu… Nak masuk ke kelas, confirm x boleh masuk tepat2 masa. Sebab kena tahan kat tengah jalan dengan mereka. Berlari ramai-ramai serbu peluk muallimah. Sampai x boleh jalan. Sampai tudung labuh ni pun di buat permainan. Main sorok2. ^^’ Sampai kelas, bagi salam ramai2. Assalamualaikum wa rahmatullah hi wabarakatuh ya muallimah. (Baca dengan nada berirama) Kemudian ada yang main sambung2 ayat, yang comel, seorang lagi yang cantik, seorang lagi yang princess.. Alahai anak.. :’)

Surat cinta buat muallimah. Muallimah, terima kasih sebab ajar saya sehingga jadi pandai. Muallimah, saya minta maaf sebab buat muallimah marah bising dalam kelas (sambil hadiahkan sekotak coklat ^^). Muallimah, dah besar nanti saya nak jadi macam muallimah ajar hafazan, jawi, akhlak & DSV. Muallimah, saya doakan muallimah nanti masuk syurga. :’) Hampir setiap hari dapat surat2 cinta daripada mereka. Doakan dan ambillah yang baik2 daripada muallimah nak.. Yang x baik, abaikanlah maafkanlah. Muallimah x pernah simpan dendam pada antum, kalau muallimah marah sebab sayang. Sayang sangat2 dekat antum, supaya menjadi baik yang soleh x nakal. Antum harapan ibu ayah, muallimah & ummah. Islam utk kesinambungan seterusnya. :’)

Ya Rabb.. Mereka Qurratu a’yun. Penyejuk mata. Kanak-kanak riang yang sering mewarna-warnikan hati & kehidupan seharian. Kasihilah mereka, peliharalah mereka. Jadikanlah mereka anak2 syurga yang soleh & solehah. Cemerlang di dunia dan di akhirat. Amin2x ya Rabbal alamin…

Muallimah sayang kalian sungguh-sungguh. :)




Ps :
-Minggu ni exam Darussyifa’ (Tasmik ke-2). Doakan ya! ^_^
-Sahabat syurga kahwin (Faiqah). Jom reunion dkt Shah Alam. ^_^




Isnin, Julai 11, 2016

Sejenis Rindu


Bismillahirrahmanirrahim...

Sejenis rindu yang terpendam. Yang kekal dalam memori ingatan.

Hari ini last terawih. Menandakan esok hari terakhir berpuasa. Cuba muhasabah diri. Apa yang ana dah dapat sepanjang bulan tarbiyah ini. Renung dalam2. Masih x jumpa sesuatu. Terasa kosong. Allah.. Hati memujuk biarlah kali ini lebih bererti. Rasa ingin lebih berlama-lama lagi dengan bulan barakah ini. Sekian kali, cuba renung kembali. Hambar.. Allahuakbar! Hati perlu dibersihkan kembali. Doa istigfar diucap beberapa kali. Paling kurang biarlah ini yang diterima Illahi.. Bisik hati.

"Allahumma innaka tuhibbu 'afuwun tuhibbul 'afwa fa' fu anni"

Entah angin apa yang datang menyapa. Terlintas satu perkataan dalam hati. Ninau. Tiba2 juga air mata menitis dengan laju. Sejenis rindu. Tanpa suara. Yang kedengaran hanya lantunan ayat2 suci daripada imam terawih. Mengaku tidak khusyuk. 8 rakaat itu ana habiskan dengan deraian air mata. Imbauan memori bersamanya segar bermain2 di kotak pemikiran. Ya Allah, sejenis rindu yang x mampu untuk diungkapkan..

Masih ingat lagi. Tiap kali ayah pulang ke kampung. Anak kecil ini akan berlari terus mendapatkannya. Dengan selendang putihnya sentiasa ada di kepala. Terus memeluk si kecil ini. Senyumannya cukup manis.

Masih ingat lagi. Tasbih besar yang menjadi penemannya. Butir-butir itu sentiasa bergerak di hujung jari. Sambil si kecil ini duduk di atas riba. Memangku di hamparan tikar sejadah. Menghadap kiblat sambil berdoa. Si kecil ini telus memerhati gerak-gerinya. Serba putih.

Masih ingat lagi, betapa kuatnya ninau walaupun umur hampir ke usia senja. Kakinya melangkah jauh menuju rumah si kecil ini. Turun naik bas. Berjalan kaki hampir 1km semata2 ingin bertemu anaknya & cucu si kecil ini. Terinspirasi.. :')

Sungguh si kecil itu tidak mengerti apa2. Hanya memori yang terakam indah detik2 bersama bahagia. Ninau tahu, asbab itu juga cucu mu ini cuba menjadi terbaik di hadapan anak2 syurga. Kerana mereka akan membesar dengan memori yang tercipta.

Sejenis rindu. Air mata gugur lagi. Sama seperti Ramadhan yang akan berlalu pergi. Ninau tahu. Seminggu sebelum ninau pergi menghadap Illahi. Kedengaran bacaan yaasin berulang2 di kedua-dua telinga ini. Jauh di sudut hati cuba menafi. InsyaAllah, Tuhan akan memanjangkan usia kesayangan hati.

Masih ingat lagi. Kali terakhir kita bersama. Ninau sakit tenat. Keluarga seakan2 cuba meredhai qada' dan qadar ketetapan Illahi. Kami bergilir-gilir memeluk ninau. Sampai giliran cucumu ini. Sebut memperkenalkan diri. Ini along, cucu ninau.. Ku kucup dahi & pipi. Ninau terus paling muka. Takde suara. Along nampak ninau menangis mengalirkan air mata..

Siapa tahu itu hari yang terakhir. Ninau tahu. Masa terakhir jenazah dikafankan. Along xpernah tengok muka ayah merah menangis. Lepas ayah, giliran along pula. Along kucup ninau macam haritu. Along terus paling muka. Menangis.. Ya, kali ini along pula yang menangis..

Sejenis rindu. Yang tak akan di lupakan sampai bila2. Setiap kali ada bacaan yaasin, along x pernah lupa hadiahkan untuk ninau. Hampir bertahun juga ninau ada dalam mimpi along. Bersalaman, berpelukan, kita menangis bersama-sama. Hehe.. Selalu lepas bangun dari mimpi along mesti kesat air mata yang berbaki. Lepas tu sambung nangis sebab tahu yang tu hanya mimpi. Sejenis rindu yang tak terungkapkan.

Dah hampir 11 tahun berlalu. Akan terus kekal memori bersama. Ramadhan akan berakhir tiba. Moga Allah temukan lagi untuk tahun seterusnya. Terus menanti seperti Allah temukan kita sekeluarga nanti di syurga.

Doa imam terawih menyedarkan separuh pemikiran. Suaranya sedikit serak sebak mendoakan akan bertemu semula Ramadhan yang seterusnya. Tahlil juga turut dibacakan. Dalam banyak2 nama arwah, ada terselit satu nama yang amat ana kenal. Khadijah binti Idris. Ninau. Kesat air mata..

Tersenyum.. :')



You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "